Source: Utusan Online, Pendidikan
Universiti Jepun tambah ambil pelajar Malaysia
Duta Besar Jepun ke Malaysia, Masahiko Horie berkata, sehingga hari ini dengan penekanan kepada pembangunan modal insan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Malaysia dan Jepun mengekalkan keakraban hubungan dua hala menerusi program pertukaran pelajar.
Katanya, ekoran kejayaan dasar itu, kerajaan Jepun memutuskan untuk meningkatkan jumlah pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian ke universiti di Jepun.
Bercakap kepada pemberita selepas melawat Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini hari ini, beliau berkata, ketika ini Universiti Malaya menghantar 150 pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun manakala Universiti Industri Selangor 75.
Beliau berkata, pelajar Malaysia yang menamatkan pendidikan di Jepun berjaya menjawat jawatan tinggi di syarikat perkilangan Jepun yang berpengkalan di Malaysia.
Masahiko yang berada di Kelantan untuk lawatan dua hari akan menemui Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, esok.
- Bernama
No comments:
Post a Comment