Source: Utusan Online, Luar Negara
Rakyat guna LPG adalah wira - Susilo
JAKARTA 7 April - Presiden Susilo Bambang Yudhoyono semalam meminta rakyat Indonesia berhenti menggunakan minyak tanah dan beralih kepada gas petroleum cecair (LPG) ketika berdepan dengan peningkatan harga minyak.
"Mereka yang sanggup menggunakan LPG adalah wira," kata beliau pada satu dialog dengan penduduk kejiranan Cempaka Baru di tengah Jakarta.
Agensi berita Antara memetik Susilo sebagai berkata, kerajaan akan menggandakan usaha dalam program pertukaran dari minyak tanah ke LPG bagi mengurangkan subsidi minyak.
Kerajaan masih lagi memberikan subsidi melibatkan beberapa jenis minyak dan ia membebankan belanjawan.
Penggunaan LPG dijangka dapat mengurangkan beban negara.
Susilo pada masa sama menjelaskan bahawa penggunaan LPG adalah lebih ekonomi dan mesra alam berbanding minyak tanah.
Fauzi menambah, hampir 95 peratus penduduk berpendapatan rendah telah menerima tong gas percuma yang diedarkan dalam program penukaran minyak tanah kepada LPG tersebut.
- Bernama

No comments:
Post a Comment